fbpx

‘Abu Ghraib’ diburu fitnah polis ambil rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang anggota polis dikatakan mengambil wang sebagai rasuah daripada pemilik Mitsubishi Triton di tepi jalan Persiaran Batu Nilam 34, Bukit Tinggi, Klang.

KLANG – Pemilik akaun Facebook, Abu Ghraib kini diburu polis selepas memuat naik video memfitnah anggota polis menerima rasuah daripada seorang lelaki dalam sekatan jalan raya bergerak di tepi Jalan Persiaran Batu Nilam 34 Bukit Tinggi di sini baru-baru ini.

Video berdurasi satu minit 57 saat yang tular di laman sosial Facebook itu dipercayai telah dirakam pada 11 Disember sebelum dimuat naik keesokkan harinya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan pukul 3 petang semalam daripada anggota polis yang bertugas di lokasi kejadian berhubung penularan video tersebut.

Katanya, berdasarkan video tersebut memaparkan satu unit kereta peronda dinaiki dua anggota polis dan dua anggota tentera yang bertugas sebagai pasukan penguat kuasa op Covid-19.

“Turut dipaparkan seorang anggota polis dikatakan telah memasukkan wang dalam poket selepas selesai membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki.

“Rakaman keterangan pemilik kenderaan telah diambil dengan lelaki itu memaklumkan tiada sebarang wang atau lain-lain pemberian kepada anggota polis yang membuat pemeriksaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 kanun keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI