fbpx

Grantt Lubricants perkenal cecair brek, penyejuk untuk kenderaan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas Nasrun (dua dari kanan) dan Mustamir Mohamad (tengah) ketika melancarkan produk terbaharu Grantt Lubricants di Malaysia Autoshow 2024 bertempat di MAEPS, hari ini.

PETALING JAYA – Jenama minyak pelincir di bawah UMW Grantt International Sdn. Bhd. (Grantt), Grantt Lubricants melancarkan produk terbaharu cecair brek dan cecair penyejuk khas untuk kenderaan elektrik (EV), hari ini.

Dalam majlis pelancaran yang bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang sempena Malaysia Autoshow 2024, Grantt Lubricants turut memperkenal minyak enjin kereta (PCMO) berprestasi tinggi, Stellar API SP.

Pengarah Kumpulan Pembuatan dan Kejuteraan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman, berkata, sebagai syarikat automotif yang inovatif, Grantt Lubricants komited untuk menyediakan produk yang direka untuk penggunaan kenderaan EV.

Beliau berkata, selaras dengan transformasi dalam bidang automotif lestari, produk yang dilancarkan hari ini direka khas untuk meningkatkan prestasi serta ketahanan kenderaan EV.

“Selain daripada penawaran produk yang memfokuskan pada kenderaan EV, Grantt Lubricants turut memperkenal produk dengan teknologi pelincir terbaharu iaitu PCMO Stellar API SP.

“Formulasi terbaharu ini memenuhi spesifikasi ketat American Petroleum Institute (API) yang terkini dan berupaya memberikan perlindungan dan prestasi unggil untuk enjin dalam pelbagai kondisi pemanduan,” katanya.

Anas Nasrun berkata, pelancaran produk khas untuk kenderaan EV ini penting selaras dengan pertambahan kenderaan tersebut di negara ini buat masa kini.

“Dengan peningkatan ketara dalam jumlah kenderaan EV dan evolusi dalam teknologi enjin, penting untuk kami menyediakan penyelesaian yang selaras dengan kemajuan industri untuk memastikan prestasi kenderaan kekal terjaga.

“Pelancaran produk pada hari ini juga membuktikan bahawa Grantt Lubricants komited untuk menyokong peralihan ke arah mobiliti lestari,” ulasnya.

Para pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Grantt Lubricants boleh melawat reruai D22 di Dewan D, MAEPS Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI