fbpx

‘Rompakan’ elit lokal bertaraf antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERTEMAKAN jenayah rompakan atau heist crime, The Experts mengisahkan lima adik-beradik iaitu Along, Keyrol, Amir, Emma dan Angah yang sudah ‘cuci tangan’ daripada kerja kotor tersebut terpaksa kembali merompak disebabkan satu insiden.

SELEPAS Sheriff: Narko Integriti yang mencipta fenomena luar biasa dalam dunia perfileman tanah air, Astro Shaw dengan kerjasama Blackflag dan TGV Pictures hadir dengan sebuah lagi magis sinematik berjudul The Experts.

Filem arahan dua sutradara, Andrew Chiew dan Nazim Shah tersebut tidak kurang hebatnya dan mempunyai ‘DNA pecah panggung’ tersendiri.

Bertemakan jenayah rompakan atau heist crime, The Experts mengisahkan lima adik-beradik iaitu Along, Keyrol, Amir, Emma dan Angah yang sudah ‘cuci tangan’ daripada kerja kotor tersebut terpaksa kembali merompak disebabkan satu insiden.

The Experts lakonan Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Shah Reza Mohd. Shah boleh disifatkan sebagai sebuah lagi filem wajib tonton 2024.

Jika tidak dilaksanakan rompakan yang melibatkan orang kenamaan, kehidupan mereka akan berada di hujung tanduk.

Dari segi plot atau jalan cerita, The Experts lakonan Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Shah Reza Mohd. Shah berada pada paras yang memuaskan.

Tugas mereka cuma satu iaitu mencuri cincin keluarga Lima Gading yang berada dalam simpanan rapi untuk simbol pertabalan ketua baharu.

Jarang sekali atau ini mungkin pertama kali, filem bertemakan heist crime dibentangkan di layar perak tempatan. Hasilnya? Langsung tidak mengecewakan.

Sejujurnya, di peringkat global, filem genre sedemikian bukan sesuatu yang asing. Apa yang mengejutkan, walaupun berstatus lokal, The Experts tidak kurang hebatnya.

SEBAGAI Amir, Remy Ishak benar-benar mampu mengelirukan penonton dengan variasi terjemahan karakter yang sangat ‘rare’ kali ini.

Syafiq Kyle ‘MVP’

Syafiq Kyle, buat kali kedua berturut-turut (selepas Sheriff) berjaya membuktikan bahawa lakonannya semakin hari, semakin meninggalkan dampak luar biasa kepada audiens.

Terjemahan karakter sebagai Keyrol yang meringkuk 10 tahun di penjara disebabkan dosa lampau dan ingin ‘membuktikan’ sesuatu kepada darah daging sendiri memang berkesan.

Mimik muka, emosi kegelisahan, titisan peluh Keyrol menyah kod apa yang terkunci adalah antara apa yang penting dalam The Experts.

Sejujurnya, selepas persembahan luar biasa Syafiq dalam Sheriff dan sekarang Keyrol, sudah tiba masa susuk tampan itu diberikan apresiasi sewajarnya. Pelakon Lelaki Filem Terbaik selayaknya diberikan kepada Syafiq atas kerja cemerlangnya.

SYAFIQ Kyle sebagai Keyrol antara watak yang sangat penting dalam The Expert.

Sinergi lima lima beradik dengan ragam berbeza juga wajar diberikan pujian menggunung.

Remy Ishak sebagai Amir membuatkan audiens terkeliru, jenis ‘apa sebenarnya misi hidup mamat itu’. Karakternya sangat kaya variasi yang tidak pernah ada dalam sebelum ini.

Mimi sebagai Emma berjaya menghidupkan karakter wanita yang sangat ‘sturdy’ dan punya elemen maskulin. Ray sebagai ‘pakar IT’ juga satu pilihan yang tepat kerana dia faham tugasan yang perlu dilunaskan.

Menyentuh tentang watak antagonis, penulis sebenarnya sangat tertarik dengan terjemahan karakter yang diperankan Jay Iswazir sebagai Glasses. Dia memang dilahirkan untuk memainkan peranan orang jahat tanpa sebarang cela. Bravo!

Dalam pada itu, antara babak yang sampai sekarang masih berbekas dalam fikiran penulis adalah tarian tango antara Amir (Remy Ishak) dengan Miranda (Maya Karin). Betul-betul well done!

Filem Expert mengisahkan sekumpulan perompak elit adik-beradik yang kembali dituntut menyempurnakan satu misi rompakan besar demi kelangsungan hidup normal yang mereka inginkan.

Juga yang masih lalu-lalang dalam fikiran adalah babak slow-motion Angah (Ray) ‘terbang’ ke dalam kereta BMW dipandu Emma (Mimi Lana). Chef’s kiss.

Secara keseluruhannya, The Experts tidak kurang hebatnya berbanding Sheriff. Masih terkandung kualiti membanggakan yang wajar didendangkan kepada umum. Markah peribadi penulis untuk filem ini, 7.8/10. Syabas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI