fbpx

Aura pengantin baharu lonjak Soon Huat-Shevon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon melayakkan diri ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menewaskan Sung Hyun-Hye Won. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai kembali menemui sentuhan sebenar apabila melayakkan diri ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini, pasangan suami isteri itu mencatat kemenangan 21-19, 21-17 ke atas beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won.

Meskipun tewas seawal pusingan pertama pada Terbuka Thailand minggu lalu, namun aura pengantin baharu masih terasa selepas kedua-dua pemain itu melangsungkan perkahwinan awal bulan ini.

“Semangat pengantin baharu itu memang ada kerana kami tewas di pusingan pertama minggu lalu. Ketika itu, saya berkata dalam hati bahawa kami sepatutnya boleh menampilkan aksi lebih baik.

“Kali ini, kami datang dengan persiapan yang baik, lebih-lebih lagi kami tidak pernah menang ke atas mereka (Sung Hyun-Hye Won) dalam dua pertemuan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, dia juga memuji prestasi yang ditampilkan Soon Huat ketika bertemu beregu Korea Selatan berkenaan apabila menunjukkan peningkatan ketara berbanding aksi di Terbuka Thailand sebelum ini.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah satu lagi beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menewaskan pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-16, 17-21, 21-19.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami beregu kebangsaan, Choong Hon Jian-Go Pei Kee apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tewas 19-21, 16-21 kepada satu lagi gandingan Korea Selatan, Wang Chan-Shin Seung Chan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI