fbpx

Serangan balai polis: Kaunseling diteruskan untuk keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Haliza (kanan) tidak dapat menahan sebak semasa menerima kunjungan Noraini di kediamannya di Kampung Poh Tambahan 1 di Bidor hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TANJUNG MALIM – Sesi kaunseling melibatkan keluarga dua wira negara yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Jumaat minggu lalu akan diteruskan sehingga mereka meminta ia ditamatkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, keputusan itu hasil perjumpaan beliau dengan keluarga dua anggota polis yang terkorban itu di Gambang, Pahang dan Bidor.

“Kami akan susun untuk membantu sesi kaunseling bagi menenangkan keluarga berkenaan kerana mereka baru sahaja kehilangan.

“Tadi emak arwah (Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar) ada cerita kadang-kadang dia duduk seorang diri kerana teringkatkan arwah,” katanya kepada pemberita di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor di sini hari ini.

Terdahulu, Noraini menyampaikan sumbangan Yayasan Kebajikan Negera kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Semalam, beliau menyampaikan sumbangan yang sama kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said di Gambang, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI