JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas ‘Batu Ibrahim’ sebagai kenangan buat kakitangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.
Batu cincin untuk setiap kakitangan istana itu dipilih dan digilap sendiri oleh Sultan Johor yang kemudiannya dibentuk oleh tukang emas peribadi baginda.
“Batu cincin ini saya namakan sebagai ‘Batu Ibrahim’, di mana saya mengurniakan kepada semua kakitangan istana sebagai kenangan.
“Saya juga akan mengurniakan cincin ini kepada tetamu dan masa akan datang, kemungkinan kepada para pemenang jika dianjurkan apa-apa pertandingan oleh RPO (Royal Press Office) seperti sebelum ini,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada RPO.
Baginda berkenan menyampaikan sendiri cincin khas berkenaan kepada setiap kakitangan di Istana Flintstones.
Baginda juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing baju melayu, ‘cufflink’ dan pin tali leher baginda.-K! ONLINE