fbpx

Insiden pesawat SIA: 131 penumpang, 12 kru tiba di Changi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai perubatan bersedia di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selepas Singapore Airlines mendarat kecemasan di Bangkok. - AFP

SINGAPURA – Seramai 131 penumpang dan 12 kru penerbangan  Singapore Airlines (SIA) yang dilanda pergolakan udara teruk, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pagi ini, lapor berita Channel News Asia.

Sebelum ini, penerbangan dari London ke Singapura itu terpaksa dilencongkan dan mendarat cemas di Bangkok.

Boeing 777-300ER itu  dilanda pergolakan udara teruk, menyebabkan penumpang dan kru terpelanting di dalam  kabin  pesawat termasuk sebilangan yang dihempas ke siling.

Gambar di dalam kabin pesawat  menunjukkan terdapat kerosakan besar pada bahagian atas kabin dengan  topeng-topeng oksigen terjuntai , manakala  bagasi berselerakan.

Insiden tersebut tmengorbankan seorang lelaki warga Britain berusia 73 tahun yang mengalami serangan jantung.

 Sekurang-kurangnya 30 orang yang lain cedera, sebilangan mereka kritikal. 

SIA berkata dalam satu kenyataan di laman Facebook pagi tadi bahawa penumpang dan anak kapal Penerbangan SQ321 itu  tiba di Singapura pukul 5.05 pagi dengan menaiki pesawat bantuan.

Mereka disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong.

“Pengangkutan ke rumah dan hotel  telah diaturkan untuk penumpang yang menuju  ke Singapura.

“Bagi penumpang yang mempunyai perjalanan  seterusnya, kami telah menempah penerbangan alternatif dan juga mengatur penginapan hotel atau akses lounge untuk mereka berehat sementara menunggu pesawat tiba,” kata Goh.

SIA menjelaskan, setakat pagi tadi, seramai 79 penumpang lain dan enam anak kapal  SQ321 masih berada di Bangkok.

Ini termasuk mereka yang menerima rawatan perubatan, serta ahli keluarga dan orang tersayang masing-masing yang berada di dalam penerbangan tersebut, demikian kata SIA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI