fbpx

Susutt bantu capai berat badan ideal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Amira menunjukkan produk Susutt yang berjaya membantu menurunkan berat badannya.
Produk Susutt dihasilkan daripada bahan semula jadi untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan menurunkan berat badan ideal.

 

KUALA LUMPUR – Inisiatif menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram dalam tempoh tiga bulan selepas mengamalkan makanan kesihatan, Susutt memberi motivasi yang kukuh kepada Nor Amira Maslan meneruskan usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Duta produk keluaran syarikat JNJ Beauty Skin Care Sdn. Bhd. itu menerangkan, Susutt telah berada di pasaran sejak awal Mac lalu dan kini menjadi amalannya setiap hari untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

“Sebelum ia diperkenalkan di pasaran saya berminat untuk mencubanya terlebih awal dan sepanjang percubaan tersebut, ia memberi kesan positif kepada proses penurunan berat badan saya sebelum ini.

“Berdasarkan kejayaan tersebut, saya mahu berkongsi amalan baik ini dengan mereka khususnya yang bersaiz besar untuk menurunkan berat badan selain mengekalkan tahap kesihatan yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan produk tersebut di pejabatnya baru-baru ini.

Nor Amira, 31 yang berasal dari Johor Bahru itu menjelaskan, Susutt dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi, antaranya ialah Garcinia Cambogia, Hoodia, buah naga, epal, lidah buaya dan strawberi.

Ia diproses di kilang bertaraf Amalan Pengurusan Baik (GMP), menerima sijil pengesahan halal dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beliau menjelaskan, produk yang telah menjalani kajian dan pembangunan selama setahun itu menawarkan 15 sachet dalam setiap kotak dan ia digalakkan untuk mengambilnya pada waktu malam.

Produk yang dijual pada harga RM79 sekotak itu dijual secara online melalui stokis dan para pengedarnya di seluruh negara.
“Susutt telah mencatat jualan kira-kira 2,000 kotak sebulan dan kami menjangkakan nilai jualan tersebut akan bertambah dua kali ganda menjelang akhir tahun ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN