fbpx

16 rakyat Malaysia naiki pesawat SIA dilanda ‘turbulence’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam sebuah penerbangan SIA ketika mengalami pergolakan udara yang teruk kelmarin.

BANGKOK — Seramai 16 rakyat Malaysia merupakan antara 211 penumpang Penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321 dari London menuju ke Singapura yang terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok malam tadi.

Keadaan mereka bagaimanapun masih belum diketahui.

Pesawat Boeing 777-300 itu antaranya membawa 56 penumpang warga Australia, 41 Singapura, 23 New Zealand, lima Filipina, empat warga Amerika Syarikat dan dua penumpang Kanada.

Media Thailand melaporkan, seorang penumpang warga Britain meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Menurut SIA, pesawat itu mengalami pergolakan udara yang buruk dan terpaksa mendarat cemas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI