fbpx

Perang psikologi Myanmar gagal sekat Malaysia ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD beregu negara melakangkah ke pentas final Piala Dunia Sepak Takraw.

KUALA LUMPUR – Skuad beregu sepak takraw negara melangkah ke pentas final Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas berjaya menumbangkan Myanmar di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Pada acara double tersebut, impian Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin untuk menumbang lawan yang sama seperti di Sukan SEA Kemboja akhirnya tercapai menerusi kemenangan straight set 15-10, 17-16.

Biarpun gandingan Myanmar, Zin Min Oo dan Shein Wunna Zaw cuba membawa perang psikologi untuk mengheret perlawanan tersebut ke set ketiga, namun tindakan itu nyata tidak memberi kesan apabila Noraizat terus menghampakan lawannya itu.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia melangkah ke pentas final dan akan berdepan ‘Raja’ sepak takraw dunia, Thailand esok.

“Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada kami malam ini, Aidil Aiman dapat mengawal permainan dengan baik dan kami tidak terpengaruh dengan psikologi pihak lawan. Alhamdulillah mental kami kuat.

“Sekarang, fokus kami beralih kepada pentas final esok bertemu Thailand. Kami akan buat sehabis baik esok untuk banggakan rakyat Malaysia. Terima kasih kepada penyokon yang dalam malam ini,” kata Noraizat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI