fbpx

Malaysia langkah kanan belasah Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA bermula langkah kanan dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Asia hoki dalam dewan selepas membelasah Oman 10-2 sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Langkah kanan buat skuad hoki dalam dewan lelaki negara pada Kejohanan Hoki Piala Asia Dalam Dewan 2024 apabila membelasah Oman 10-2 dalam aksi sulung Kumpulan B sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Taldykorgan, Kazakhstan, kapten pasukan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan menjadi pemain paling menyerlah apabila menyumbang tiga gol buat pasukan negara.

Ketua jurulatih pasukan negara, Mohd. Rodzhanizam Mat Radzi mengakui gembira dengan aksi ditampilkan anak-anak buahnya, namun masih ada beberapa kelemahan yang dapat dikesan sepanjang perlawanan.

“Syukur Alhamdulillah dengan kemenangan yang diraih, namun saya masih dapat melihat ada kesilapan-kesilapan dilakukan pemain dalam perlawanan. Bagaimanapun, mereka cepat memperbaikinya dan ia wajar diberikan pujian.

“Kelebihan dan kelemahan yang dapat dikesan dalam perlawanan ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk kami memperbaiki permainan menjelang aksi kedua nanti,” katanya.

Kemenangan itu pastinya menjadi pembakar semangat buat pemain-pemain negara memandangakn mereka dijangka berdepan aksi sukar esok menentang Kazakhstan yang akan bermain di laman sendiri.

“Pertemuan dengan Kazakhstan esok pastinya bukan satu perlawanan yang kerana mereka adalah pasukan kuat. Barisan kejurulatihan akan melakukan analisa sebaik mungkin untuk aksi menentang Kazakhstan,” ujar Rodzhanizam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI