fbpx

Hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Selangor malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri terutama di Pantai Timur Semenanjung sehingga pukul 8 malam hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Lipis, Raub, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).

“Bagi kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak pula, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka berterusan sehingga ke tengah malam hari ini.

“Ribut petir turut dijangka di negeri Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling diikuti Hulu Perak, Perak dan Hulu Selangor dan Gombak, Selangor, serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Johor Bahru, Johor,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan tertumpu di Sarawak melibatkan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Marudi).

“Di Sabah pula, cuaca buruk sama turut dijangka di Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod dan Sandakan) dan Kudat sehingga 8 malam ini,” kata MetMalaysia.

Dalam pada itu, carta angin menunjukkan pergerakan dari arah barat daya dengan kelajuan mencecah 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak setinggi 3.5 meter serta berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan perairan.

Sehubungan dengan itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 9 malam hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI