fbpx

Jemaah Menteri zahir takziah kematian Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri hari ini menzahirkan ucapan takziah di atas kematian menimpa Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terbabit nahas helikopter berhampiran sempadan Azerbaijan, Ahad lalu.

Perkara itu dizahirkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri telah merakamkan ucapan takziah di atas tragedi menyedihkan itu.

“Perdana Menteri memaklumkan hubungan antara Malaysia dan Iran bertambah erat. Malah, saya sendiri berkesempatan merakamkan detik pertemuan Perdana Menteri dengan Raisi ketika di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

“Ia (insiden) juga meninggalkan kesan kepada saya dan kita (kerajaan) ucapkan takziah,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI