fbpx

Malaysia berpeluh atasi Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara, Noraizat Nordin melakukan rejaman ke atas pemain Korea Selatan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Harapan pasukan sepak takraw Korea Selatan untuk menumbangkan Malaysia pada aksi suku akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa tidak kesampaian apabila mereka tewas dengan keputusan 11-15, 17-15, 8-15.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan Korea Selatan apabila pasukan itu berjaya ‘mencuri’ satu set ke atas Malaysia selepas mengheret perlawanan ke set ketiga

Pada perlawanan tersebut, Malaysia menampilkan aksi cukup baik terutama gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin membuatkan pasukan Korea tidak senang duduk terutama rejaman tajam Noraizat membolehkan mereka mencatat kemenangan pada set pertama.

AKSI pemain Korea Selatan, Shin Hee Seop di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. GAMBAR – AMIR KHALID

Bagaimanapun, beregu Korea menerusi gandingan Kim Young Cheol dan Shin Hee Seop tidak berdiam diri apabila ‘killer’ terbaiknya, Shin berjaya mengutip mata penting selepas rejaman derasnya gagal dihalang pemain negara sebelum mengheret perlawanan tersebut ke set ketiga.

Pada set ketiga, Malaysia menukar rentak perlawanan dan lebih agresif untuk ke separuh akhir selepas  hanya memerlukan 20 minit untuk menumbangkan skuad kendalian Kim Taek Yeong.

“Alhamdulilah kami berjaya mara ke separuh akhir, pertarungan dengan Korea Selatan sengit kerana mereka juga boleh bermain baik. Pada perlawanan tersebut, kami melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang menyebabkan pihak lawan meraih mata.

AKSI Noraizat Nordin ketika melakukan libasan ‘tajam’ ke atas pasukan Korea Selatan pada Piala Dunia Sepak Takraw.

“Kami akan perbaiki lagi persembahan dalam peringkat separuh akhir malam ini menentang Myanmar, apapun, kami yakin kerana sebelum ini kami pernah berjumpa Myanmar di pentas separuh akhir Sukan SEA dan kita menang pada ketika itu.

“Saya harap kita dapat ulangi kejayaan itu dan saya dan Aidil Aiman akan berikan yang terbaik. Keadaan Aidil Aiman semakin baik, selepas alami gastrik semalam. Insya-Allah dia akan lebih baik nanti,” kata Noraizat.

Hasil keputusan tersebut, Malaysia akan berdepan Myanmar malam ini selepas pasukan kendalian Aung Cho Myint tersebut berjaya menumbangkan India dengan kemenangan straight set 15-8, 15-13. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI