fbpx

Pilih tinggal di Sri Hartamas mahu kelihatan seperti ‘orang kaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Tak kisahlah kalau duit gaji dah habis, sebab kita boleh cari duit. Tapi saya nak ‘maintain lifestyle’ (kekal gaya hidup) yang ala-ala kaya”.

Demikian pengakuan seorang wanita ketika ditanya mengapa memilih untuk tinggal di Sri Hartamas, Kuala Lumpur berbanding lokasi lain.

Katanya, adalah penting untuk tinggal di kawasan kediaman yang dikenali sebagai lokasi ‘orang kaya’ agar dipandang seperti individu berduit oleh orang lain.

“Saya memang nak tinggal dekat sini. Nanti bila orang tanya, eh, awak duduk mana? Saya duduk Hartamas.

“Tak kisah kerja sampai nak rebah, asalkan saya mampu kekal cara hidup ala orang kaya di Hartamas,” katanya dalam sesi temu bual yang dikongsikan di Instagram radio Era FM hari ini.

Lebih mengejutkan, wanita itu juga megakui dia gemar memandang rendah kepada orang lain sekiranya mereka memaklumkan tinggal di kawasan kampung yang kurang popular.

Bagaimanapun, pendedahan wanita tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Jenis suka pandang orang hina sebab itu dia tetap nak jaga ‘profile’, dia tak orang lain hina dia macam dia hina orang. Aku tak suka orang macam ini,” kata @bu_faleey12.

“Dekat Hartamas itu bukan semua rumah kondo (kondominium), yang tinggal setinggan pun ada. Cuba pergi datang melawat rumah kakak itu, kaya sangat kah gaya hidupnya,” soal @nanaMyn.

“Kerja keras dah penat semua, tak ada masalah pun nak rasa serba ada. Nak duduk tempat oramg kaya, kena kerja keras untuk jadi kaya. Berbaloi la itu sebab dia puj kata tak kisah kerja sampai rebah, janji mampu kekalkan haya hidup sekarang,” kata @sufyan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI