fbpx

Dicop bebal, Beto Kusyairy sekolahkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enggan diperkotak-katikkan individu biadab, Beto menegaskan bahawa dia memahami sistem perundangan negara ini.

PETALING JAYA – “Cantik sungguh bahasa mamat ni, komen asal aku lebih kepada mangsa.”

Demikian penjelasan pelakon versatil, Beto Kusyairy apabila tidak semena-mena dicop bodoh oleh seorang netizen yang tidak memahami komen ditinggalkan dalam hantaran dibuat pelawak Achey.

Ujar Beto atau nama sebenarnya sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, komen ditulis merujuk kepada mangsa kemalangan iaitu atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.

Enggan diperkotak-katikkan individu biadab, pelakon filem Imaginur itu turut menegaskan bahawa dia memahami sistem perundangan negara ini.

“Dia ingat aku ni ‘bebal’ pasal sistem perundangan agaknya,” tambahnya.

Perkara tersebut merujuk kepada keratan berita dikongsikan Achey Achey dalam Instagram bertajuk ‘Pemandu mabuk langgar atlet kayak dibebaskan dengan jaminan polis’.

Terkesan dengan keadaan mangsa yang parah, Beto meninggalkan komen menzahirkan kesedihan terhadap nasib atlit berusia 22 tahun itu.

“Apa ni, astaghfirullah. Sedihnya,” tulisnya.

Tangkap layar komen netizen kepada Beto yang memberi gambaran konon-kononya aktor itu tidak memahami senario isu tercetus.

Namun seorang individu menyangka dia tidak faham dan mempersoalkan isu jaminan polis terhadap pemandu mabuk terbabit sehingga menyelar Beto.

“Yang si Beto ni pun sama bebal memalukan. ‘Study’ dulu apa maksud ‘dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kemudian baru komen. Suspek tu bukannya dibebaskan terus, cuma tempoh tahanan lokap telah tamat sahaja. Suspek belum bebas.

“Dia akan diheret ke mahkamah nanti lepas siasatan polis lengkap. Kemudian terus jatuh hukuman. Study dulu bro. Jangan ikut sama ‘kebebalan’ netizen Malaysia ni,” tulis lelaki berkenaan.

Terdahulu, Siti Nurul Masyitah mengalami kecederaan parah akibat terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor.

Dilaporkan motosikal ditunggangnya telah dirempuh dan diseret sejauh 100 meter dengan sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI