fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah dan baik hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia bagaimanapun berkata, hujan lebat berlaku di persisir pantai utara Semenanjung dan persisir pantai barat Sabah dan utara Sarawak yang dijangka berterusan sehingga tengah hari nanti.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara terutamanya di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor.

“Cuaca buruk sama turut diramal berlaku melibatkan beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Perak, Pahang dan Selangor.

“Di Sabah pula, hujan lebat dijangka tertumpu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat, termasuk Sarawak iaitu melibatkan Betong, Sarikei, Sibu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah, dan Bintulu,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih diramalkan di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu serta beberapa tempat di kawasan pedalaman Pahang dan Perak.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan, Sabah serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang, Sarawak menjelang malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI