NEW DELHI – Sebuah sekolah rendah di Aizawl, negeri Mizoram menarik perhatian orang ramai kerana mempunyai lapan pasangan kembar yang belajar di institusi pendidikan berkenaan, lapor laman berita NDTV kelmarin.
Guru Besar Sekolah Rendah Kolej Kerajaan Veng, H. Lalventluanga berkata, hanya satu daripada lapan pasangan kembar itu adalah kembar tidak seiras.
Lebih menarik, sepasang adik-beradik kembar itu merupakan anak perempuan dan lelaki Lalventluanga sendiri. Mereka berumur lima tahun.
“Sekolah ini mempunyai sepasang kembar tidak seiras, empat pasang kembar perempuan dan tiga pasang kembar lelaki.
“Pada tahun lalu, sekolah ini hanya mempunyai empat pasangan kembar,” katanya kepada akhbar The Assam Tribune.
Tambah Lalventluanga, meskipun sekolah berkenaan mempunyai pasangan kembar pada tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mencatatkan rekod baharu dengan lapan pasangan berkenaan. – AGENSI