JITRA – Seorang lelaki dipercayai warga asing menggemparkan penduduk Kampung Muhibbah di Tanah Merah, di sini apabila dia secara tiba-tiba memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi, malam ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.17 malam tadi.
“Kami menerima panggilan memaklumkan terdapat cubaan bunuh diri dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di sana, didapati seorang lelaki berada di atas pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terjun,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah dihantar ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat dan sehingga kini operasi masih berjalan. – KOSMO! ONLINE