fbpx

NGO kecewa khidmat feri ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang kecewa apabila keputusan untuk menamatkan perkhidmatan feri bagi kende­raan empat roda di negeri ini dilakukan tanpa mengambil kira pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi ­suara rakyat negeri ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, pihaknya atau NGO lain tidak dijemput untuk menyatakan pendapat berhubung penamatan perkhidmatan feri itu yang menjadi identiti pelancongan negeri ini.

“Kami amat kecewa kerana tindakan ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan NGO yang menjadi suara rakyat negeri ini.

“Keputusan ini membabitkan nilai sejarah dan keunikan negeri ini yang tiada pada negeri lain, jadi ia memerlukan satu kajian yang menyeluruh sebelum dilaksanakan,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang di antara bahagian pulau dan tanah besar di Seberang Perai.

Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama yang sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kende­raan empat roda di negeri ini.

Menurutnya, perkhidmatan feri seperti di Pulau Pinang ini hanya terdapat di Hong Kong, orang ramai datang ke negeri ini untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan berusia 126 tahun itu.

“Mengubah feri menjadi mu­­­­­­zi­um tidak memadai untuk pelancong mengenang sejarahnya
yang sudah sebati dengan negeri ini.

“Kita masih memerlukan perkhidmatan feri bagi kende­­­­­ra­an empat roda, bukan menukar­nya menjadi muzium atau restoran terapung,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna feri, Ahmad Yakqub Nazri, 38, berkata, sebagai anak jati Pulau Pinang sudah pasti penamatan operasi feri amat mengecewakan kerana feri merupakan lambang pelancongan negeri ini.

“Sebagai pengguna saya berpendapat, satu atau dua buah feri perlu bergerak khas untuk membawa pelancong bersama kenderaan mereka bagi membangkitkan nostalgia sejarah,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan ditamatkan sepenuhnya pada Jun 2022 dan digantikan dengan perkhidmatan katamaran atau teksi air bagi mengangkut penumpang, manakala pengangkut kenderaan akan digunakan untuk membawa motosikal dan basikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI