DI sebalik ketegasan sikap Salman Khan yang diketahui umum, hakikatnya aktor tersohor itu mudah didekati selain sangat menghargai peminatnya.
Perkara tersebut didedahkan rakan seperjuangannya, Preity Zinta yang menyifatkan bintang filem Tiger 3 itu sebagai pemilik hati emas.
“Salman memiliki hati emas dan merupakan teman yang paling setia dan menakjubkan selain menjadi aktor yang sangat berbakat.
Selera muziknya juga sangat bagus dan dia antara artis berfikiran terbuka, pada masa sama seorang yang sangat bersederhana,” katanya.
Sekian lama bersahabat baik, Preity dan Salman pernah disatukan dalam banyak naskhah termasuk Chori Chori Chupke Chupke dan Har Dil Jo Pyaar Karega.
Tidak hairan aktres popular terbabit memberi pujian melambungkan kepada temannya itu ketika sesi interaktif di Twitter, baru-baru ini.