fbpx

Kerana Faisal Halim, rakyat Malaysia bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal kini sudah pun dipindahkan ke wad biasa.

PETALING JAYA – Kejadian serangan terhadap Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali berjaya menyatukan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan komuniti bola sepak.

Walaupun berlainan pasukan, seluruh peminat bola sepak dan rakyat di negara ini segera memberikan reaksi untuk menzahirkan sokongan kepada pemain kelahiran Pulau Pinang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, tidak kira latar belakang, semua orang dilihat bersatu mengutuk insiden berkenaan dan mendoakan kesejahteraan Faisal.

“Saya rasa secara amnya insiden yang berlaku menyatukan satu Malaysia. Daripada pasukan profesional, amatur dan juga sukan berbeza atau pun di masjid dan surau, mereka mendoakan Faisal.

“Kita dapat lihat respons yang bagus apabila perkara ini diambil serius oleh seluruh rakyat seluruh negara. Mereka mendoakan yang terbaik untuk Faisal dan ini menunjukkan rakyat Malaysia boleh bersatu,” katanya.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengalami kelecuran tahap empat.

Selepas menjalani rawatan dan pembedahan, Mickey makin menunjukkan perkembangan positif dan kini sudah pun dipindahkan ke wad biasa.

“Kita tidak lalui apa yang Mickey lalui tetapi yang baiknya musibah ini menyatukan orang. Kita kena positif disebalik musibah ini, InsyaAllah dia boleh bangkit semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI