fbpx

JPN Johor, Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan Jabatan Pelajaran Negeri Johor setelah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor, Pasar Awam dan Medan Selera Larkin di sini akan ditutup selama seminggu bermula hari ini akibat terdapat kes positif Covid-19 di sekitar premis berkenaan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu yang dihubungi, sebentar tadi.

Jelasnya, langkah penutupan itu dibuat bagi memastikan tindakan pencegahan dan pengawalan dapat dilakukan dalam kadar segera.

“Berdasarkan ujian saringan dilakukan, didapati seorang kakitangan JPN Johor dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin didapati positif Covid-19.

“Sehubungan itu, arahan penutupan selama seminggu ini dibuat setelah pegawai Jabatan Kesihatan melakukan penilaian di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berdasarkan notis yang ditampal di kedua-dua premis terbabit, arahan penutupan itu dibuat dibawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Notis itu turut memaklumkan penutupan JPN Johor bermula pada pukul 11 pagi hari ini manakala penutupan Pasar Awam dan Medan Selera Larkin bermula pada pukul 5 petang, hari ini.

Kedua-kedua premis berkenaan akan dibenarkan untuk beroperasi semula pada 22 Disember ini.

Tambah beliau, penutupan sementara operasi dua premis itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan selain membolehkan individu lain yang terlibat menjalani saringan.

Pihaknya turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang telah ditetapkan untuk mengekang penularan wabak ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI