fbpx

Fahmi ucap takziah atas pemergian aktivis teater Rosminah Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berkata, Rosminah merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater dan pementasan dahulu.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis teater yang juga bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA), Dr. Rosminah Mohd. Tahir, yang meninggal dunia malam tadi.

Fahmi berkata, Rosminah merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater dan pementasan dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya dalam satu hantaran ringkas di laman X.

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, dikongsikan rakan penggiat seni, seniwati Datuk Fauziah Nawi dan pelakon veteran Zulkifli Ismail menerusi hantaran di Faceook.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, petang semalam.

Difahamkan jenazah dibawa pulang ke Muar, Johor malam tadi untuk dikebumikan pagi ini.

Selain berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Aswara, Allahyarham juga pernah mengarah beberapa pementasan teater berskala mega, seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T Pinkie, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po, Mak Dara Nyonya dan Anugerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI