fbpx

Selangor, Kelantan antara negeri dilanda ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri, malam ini.

Menurut kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Ribut petir dan hujan lebat diramal di beberapa kawasan di Kedah terutamanya di Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, di Perak cuaca sama dijangka melanda daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk di Kelantan sekitar kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah.

Di Pahang, hujan lebat dijangka melibatkan kawasan Bera, Pekan dan Rompin.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di beberapa daerah di Selangor meliputi kawasan Hulu Selangor dan Gombak. Sementara di Johor, cuaca sama diramal di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” jelasnya.

Bagi cuaca di Sarawak, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk di Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka melibatkan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut sah sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI