fbpx

Waspada iklan produk kesihatan palsu guna wajah pakar kesihatan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

PETALING JAYA – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan produk-produk kesihatan yang menggunakan imej individu terkenal kerana dibimbangi ia adalah palsu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, orang ramai diminta mengikut panduan daripada Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan.

“Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti bahawa gambarnya dan nama syarikat miliknya telah digunakan tanpa kebenaran dalam promosi satu produk kesihatan.

“Apa yang membimbangkan, produk tersebut dipercayai boleh memudaratkan kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Ramli, paparan iklan produk kesihatan yang bertujuan untuk mengelirukan dan memperdayakan pembeli adalah satu tindakan salah di sini undang-undang.

Tambah beliau, penggunaan media sosial sebagai medium pengiklanan menjadi pilihan kebanyakan peniaga atas beberapa faktor termasuk kos yang efisien, jangkauan penonton yang ramai dan sasaran pembeli yang berkesan.

Bagaimanapun Ramli memaklumkan, fenomena itu turut dimanipuasi oleh segelintir peniaga melalui penjualan produk kesihatan palsu.

“Lebih membimbangkan sesetengah produk palsu itu turut menggunakan imej individu terkenal bagi mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk tersebut dihasilkan oleh individu terbabit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI