fbpx

Manchester United enggan turut kemahuan Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRANTHWAITE dilapor menjadi salah seorang pemain sasaran United ketika pasukan itu sedang membuat rombakan di bahagian benteng pertahanan. - AFP

LONDON – Manchester United tidak akan berputus asa dengan impian mereka untuk mendapatkan khidmat pemain buruan mereka, Jarrad Branthwaite, namun pada harga yang mereka fikirkan sesuai.

Everton dilaporkan meletakkan tanda harga bernilai £80 juta (RM475.95 juta) untuk bersetuju melepaskan pemain pertahanan mereka, namun United dilaporkan tidak bersedia melayan tuntutan tersebut pada jendela perpindahan yang akan dibuka nanti.

United dilaporkan telah membuat keputusan untuk membayar khidmat pemain itu pada harga siling sebanyak £55 juta (RM327.22 juta) dan percaya Everton akan menerima tawaran itu kerana terdesak untuk mendapatkan dana.

Everton ketika ini tidak berada dalam keadaan kewangan baik ketika ini dan perlu membawa masuk lebih banyak dana menyebabkan mereka perlu menjual beberapa aset penting untuk menstruktur semula ekonomi kelab itu.

The Toffess sebelum ini didapati bersalah kerana melanggar Peraturan Keuntungan dan Keseimbangan (PSR) sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan mata mereka dipotong.

United berharap Everton terpaksa menerima tawaran itu ketika mereka terdesak untuk mendapatkan bayaran tunai yang lebih cepat sebelum akaun ditutup pada 30 Jun yang boleh menyebabkan mereka dihukum lagi sekiranya terus gagal mengimbangi kerugian kelab.

United juga dilaporkan menamakan pemain Crystal Palace, Marc Guehi, ketua pasukan Wolves, Max Kilman dan pertahanan Bayer Leverkusen, Edmond Tapsoba sebagai alternatif jika gagal mendapatkan Branthwaite. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI