fbpx

Gadis dakwa diganggu rakan lelaki selama 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu sanggup membuat akaun media sosial yang baru demi mendekati Nimas. - X

JAKARTA –  Seorang gadis nekad membuat pendedahan secara terbuka selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual selama 10 tahun, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Perkongsian yang dimuat naik di platform X itu mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini. 

Menerusi perkongsiannya, gadis bernama Nimas Runeh Sabella mendedahkan bahawa dia diganggu oleh rakannya yang pernah belajar di sekolah yang sama.

Nimas berkata, dia pernah memberikan wang sebanyak 5,000 rupiah (RM1.47) kepada lelaki itu untuk membeli makanan. 

Namun, pemberian wang itu menjadi permulaan kejadian yang tidak diingini oleh seorang wanita. 

 “Saya hanya berikan dia wang 5,000 rupiah, dia memberikan saya ‘neraka’ selama 10 tahun,” kata Nimas. 

Selain mengajak Nimas berkahwin, lelaki itu dikatakan kerap menghantar gambar tidak senonoh.

Dia juga didakwa sanggup membuka akaun Instagram dan X yang baharu untuk mengganggu Nimas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN