fbpx

City kempunan raih tiga mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (kanan) tidak berpuas hati dengan pengadil keempat, Anthony Taylor kerana memberikan tambahan masa empat minit sahaja di Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Aksi longlai terus menghantui Manchester City musim ini apabila sekadar seri 1-1 menentang West Bromwich Albion pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

The Citizens membuka tirai ja­ringan pada minit ke-30 menerusi Ilkay Gundogan, namun dilihat buntu untuk menggandakan kedudukan apabila banyak sera­ngan mereka berjaya dipatahkan benteng pertahanan West Brom.

Malang terus menimpa skuad kendalian Pep Guardiola itu apabila pasukan pelawat memperoleh gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Ruben Dias.

“Saya akui kami gagal cipta lebih banyak peluang menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Ia disebabkan West Brom lebih banyak berkampung dalam kawasan sendiri.

“Secara keseluruhan kami berhak untuk menang kerana sudah melakukan 26 percubaan ke arah pintu gol West Brom, namun penyudah sangat mengecewakan,” kata bekas jurulatih Barcelona itu.

Meskipun mengakui masih mampu mencabar kejuaraan liga, namun Guardiola tetap kecewa memandangkan aksi menentang West Brom dianggap sebagai perlawanan wajib menang.

“Kami tidak sepatutnya mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri kerana ini adalah aksi wajib menang. Kami sepatutnya menang tetapi ia tidak berlaku,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI