fbpx

Blanco, Selena Gomez nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZ bersama kekasihnya, Blanco.

PENYANYI Benny Blanco mengakui mahu menyunting kekasihnya, Selena Gomez menjadi suri hidupnya.

Blanco dalam satu temu bual memberitahu, dia merancang melamar selebriti terkenal itu dalam masa terdekat.

“Saya mahu melangsungkan perkahwinan.

“Apabila melihat Gomez, saya sentiasa tertanya-tanya, apakah kebaikan yang telah dilakukan sehinggakan nasib saya menjadi sebaik ini,” katanya.

Blanco turut menyatakan akan segera mempersiapkan diri ketika ditanya sama ada sudah membeli cincin dan membuat persiapan untuk melamar Gomez.

“Saya belum memiliki cincin lagi buat masa ini tetapi sedang berusaha ke arah itu.

“Kita lihat apa yang akan berlaku pada ulang tahun kelahiran Gomez nanti,” katanya.

Difahamkan Blanco akan membuat kejutan dengan melamar Gomez ketika sambutan hari jadi pelantun lagu Love You Like A Love Song itu pada 22 Julai nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI