fbpx

Ranaco Marine, 2 pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Firdhaus (kiri) didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM446, 709.13 di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebuah syarikat pembekal dan perunding berkaitan marin, Ranaco Marine Sdn. Bhd. dan dua pengarah syarikatnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah keseluruhan RM446,709.13.

Wakil Ranaco Marine Sdn Bhd dan Ahmad Firdhaus Ramlan, 39, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua tujuh pertuduhan tersebut dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Seorang lagi Orang Kena Saman (OKS) , Norihan Ahmad, 71, pula tidak menghadiri prosiding mahkamah hari ini atas faktor kesihatan.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga tujuh, ketiga-tiga OKS terbabit dengan niat bersama sebagai orang kena cukai gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM319,077.97 dan penalti berjumlah RM127,631.16 kepada Ketua Pengarah Kastam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada bulan Januari, Februari, Mac, April, September dan Oktober 2022 serta Januari, Februari, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2023.

Mahkamah membenarkan Ahmad Firdhaus dibebaskan dengan wang jaminan RM17,500 dan seorang penjamin dan sebutan semula kes menetapkan pada 27 Jun depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI