fbpx

Masyitah perlu jalani tiga pembedahan bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tumit kaki Siti Nurul Masyitah yang cedera selepas dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh Raya EDL, Johor Bahru, 11 Mei lalu.

ISKANDAR PUTERI – Atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md. Elias yang mengalami kecederaan parah selepas dirempuh dan diseret pemandu mabuk selamat selesai menjalani pembedahan pertama, semalam.

Abangnya, Muhammad Syafiq, 29, memberitahu, adiknya bagaimanapun perlu menjalani dua lagi pembedahan kulit yang dijangka akan diselesaikan bulan ini.

Katanya, pembedahan tersebut terpaksa dibuat secara berasingan kerana melibatkan beberapa kawasan kulit yang tercedera.

“Alhamdulillah, dia telah selamat jalani pembedahan pertama semalam. Doktor meminta dia teruskan berehat sebelum pembedahan kedua dan ketiga dibuat tidak lama lagi, dijangka bulan ini juga.

“Selain tiga bahagian luka di badannya, dia juga perlu jalani satu pembedahan di tumit kanannya yang turut cedera sehingga menampakkan tulang. InshaAllah mohon doakan kesembuhannya,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI