GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai cuba menyerang seorang anggota di Balai Polis Dato Keramat di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia 35 tahun itu dikatakan datang ke balai dengan menunggang sebuah motosikal
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.
“Suspek ada mengalami kecederaan ringan semasa tangkapan dilakukan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
“Suspek telah direman selama empat mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Tambah sumber, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif sebarang pengambilan dadah dan direman selama empat hari hingga 22 Mei ini.
Kosmo! difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh. -KOSMO! ONLINE