fbpx

Selangor FC beri ‘ubat’ tambahan buat Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim

PETALING JAYA – Kemenangan 1-0 Selangor FC ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam boleh dijadikan ‘ubat’ buat Faisal Halim yang kini masih lagi dirawat selepas disimbah asid.

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil menganggap kemenangan itu mampu meredakan tekanan dihadapi Faisal yang semalam hanya mampu menonton di katil hospital.

“Insiden itu memberi kesan kepada pemain pada mulanya tetapi semua orang dalam pasukan ini sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain untuk cuba keluar daripada zon kesedihan ini (insiden Faisal).

“Perkara ini (insiden Faisal) masih melekat dalam kepala semua orang tetapi kita mahu laluinya dengan baik. Sudah tentu tiga mata ini untuk Mickey (Faisal) dan keluarganya.

“Insiden itu membuatkan kita sedar betapa pentingnya semua orang dalam pasukan ini dan ia membawa semangat kebersamaan. Sebagai satu keluarga besar, kita sentiasa berada di belakang Faisal seperti mana dia sentiasa berada di belakang kita setiap kali di atas padang,” katanya.

Pada perlawanan itu, pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau muncul wira Red Giants apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-85.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI