fbpx

Boikot perlu kebenaran, ilmu dan akhlak – Mohd Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im

PETALING JAYA – Sebarang boikot atau apa juga tindakan yang diambil untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin perlu dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan ekstrem terhadap mana-mana pihak, apatah lagi jika ia melibatkan fitnah, cacian, maki hamun, ugutan dan sebagainya.

Beliau berkata, semua pihak diseru untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelakkan tindakan yang boleh mengundang keresahan awam.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas
kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Na’im berkata, rakyat diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri.

“Ini termasuklah dengan mendoakan kekuatan dan kesejahteraan mereka,” ulasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel terpaksa membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih, Rabu lalu.

Menurutnya, komen yang dilemparkan terhadapnya sudah tersasar daripada konteks asal ciapan di X mengenai isu Blockout2024 yang disuarakan.

Difahamkan, kempen ‘Blockout’ artis dan pempengaruh bermula di Amerika Syarikat (AS) di mana menyasarkan golongan yang tidak pernah bercakap mengenai Palestin atau menjadi duta produk menyokong kekejaman Israel.

Kempen tersebut kini menular ke Malaysia setelah para netizen menyenaraikan nama beberapa orang selebriti popular untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI