fbpx

Hidup selepas 4 hari tertimbus bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pegawai menemui pintu masuk ke ruang bawah tanah. - JAM PRESS

CHISINAU, MOLDOVA – Seorang lelaki berusia 62 tahun yang tertimbus hidup-hidup di bawah tanah selama empat hari, berjaya diselamatkan oleh polis selepas jeritannya yang meminta pertolongan didengari, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Penemuan itu berlaku ketika pihak polis menyiasat kematian seorang wanita berusia 74 tahun, yang ditemui di rumahnya oleh seorang saudaranya pada Isnin lalu. 

Pakar forensik yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita itu telah meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan.

Pada hari kejadian, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan polis di rumahnya yang terletak dalam kampung sama di Ustia, barat laut Moldova.

Selepas disoal siasat, pegawai polis menggeledah rumah suspek sebelum terdengar jeritan meminta tolong dari kawasan berhampiran.

Polis kemudian segera melakukan penggalian sebelum menemui satu pintu masuk ke ruang bawah tanah.

Sebuah rakaman video memaparkan mangsa ditarik dari tanah dalam keadaan sedar dan mengalami luka di leher.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia dan remaja tersebut minum bersama sebelum kedua-duanya bertengkar dan suspek menguncinya di ruang bawah tanah. Suspek kemudian menimbus pintu masuk dengan tanah.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek membunuh mangsa wanita pada Ahad malam atau awal pagi Isnin lalu.

Motif kejadian masih disiasat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI