OTTAWA – Seorang peladag di Kanada, Barry Sawchuk menemui serpihan logam berpintal yang terbakar dan jatuh dari langit, lapor portal berita Wion News kelmarin.
Logam hangus seberat 40 kilogram itu disyaki serpihan dari angkasa lepas.
Dia mahu menjual serpihan itu dan mendermakan sebahagian daripada keuntungan untuk membina gelanggang hoki di Saskatchewan.
“Saya tidak membina kapal angkasa untuk hidup. Saya bertani,” kata Barry.
Mengikut laporan tempatan,serpihan itu kemudian dihantar kepada beberapa profesor astronomi yang melakukan kajian lanjut
Mereka mendapati ia sepadan dengan kemasukan kapal angkasa SpaceX, Dragon yang memasuki semula atmosfera Bumi pada Februari lalu.
Kejadian itu berlaku sebulan selepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menerima maklumat bahawa ‘serpihan’ dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) jatuh terhempas di halaman belakang sebuah rumah di Florida, Amerika Syarikat. – AGENSI