fbpx

‘Rumah untuk dijual berhampiran KLCC, jarak 59km sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dalam mempromosikan jualan, pelbagai strategi akan dilakukan oleh peniaga atau pengusaha untuk menarik minat pelanggan mereka termaksulah iklan jualan rumah.

Menerusi semakan Kosmo! di kumpulan Facebook, Rumah Bawah RM300k, seorang individu memuat naik iklan jualan rumah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Rumah teres setingkat itu ditawarkan dengan harga runtuh apabila individu terbabit mendakwa pemilik rumah hanya menjualnya serendah RM160,000.

Lebih menarik, individu itu berkata, rumah berkenaan terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun, jarak sebenar lokasi dengan KLCC adalah kira-kira 59 kilometer (km).

“Rumah untuk dijual berhampiran KLCC, jarak 59km sahaja,” tulis individu tersebut di ruangan kapsyen gambar.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen termasuklah ada juga yang menegur tindakan segelintir penjual yang tidak jujur dengan keadaan dan fasiliti rumah dijual.

“Bang, itu bukan dekat KLCC, kalau dah jarak 59km itu orang panggil jauh dari KLCC,” tegur Johnn.

“Mujur juga la penjual beritahu siap-siap jarak 59km ke KLCC, kalau katanya berhampiran KLCC sahaja, orang dah bayang sekitar Kuala Lumpur. Rupanya, jauh sampai ke Negeri Sembilan,” kata @xxy89minus.

“Memang ada penjual rumah ini tak jujur bila kongsikan maklumat berkaitan rumah, ada yang kata rumah macam baharu, bila buat ‘site visit’, rumah macam tempat penagih berteduh. Bukan cakap kosong, memang pernah kena. Sebab itu penting semak betul-betul, jangan percaya penjual sahaja,” kata Fatin Azura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI