TIDAK sampai sejam selepas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bersiaran, baju bercorak kulit ular sawa yang dipakai Jihan Musa menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial pada Ahad lalu.
Rata-rata netizen khususnya dalam Twitter berpendapat, corak baju Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Muse tidak sesuai dipakai untuk acara tersebut.
Malah, terdapat netizen yang mahu Jihan menukar busana lain kerana terlalu geli dengan corak ular tersebut.
“Jihan tolong tukar baju. Gelilah weh!,” tulis seorang netizen dalam Twitter.
“Besarnya ular sawa atas pentas GV7 malam ini,” kata seorang lagi warga maya.
Bagaimanapun, pereka busana tersebut, Behati memberitahu corak ular sawa itu sebagai simbol kelahiran semula.
“Corak itu dapat diibaratkan platform GV merupakan pentas kelahiran semula para peserta yang bertanding sebelum memulakan kehidupan baharu selepas pertandingan berakhir,” tulisnya.
Harapnya, selepas ini semua pereka termasuk artis akan lebih sensitif memilih corak baju yang hendak digayakan. Kasihan pada mereka yang fobia dan takut tengok ular sampai ada yang sanggup nak pecahkan televisyen sebab geli tengok Jihan.
Terdahulu, baju merah berwarna merah yang dipakai oleh Ashira pada konsert separuh akhir GV7 minggu lalu tular kerana dikatakan mencolok mata.
MIZZ LAHAR: Terkejut dengar ada pelakon nama Shah Hazvee kini berpangkat Datuk! Siapa tu?