fbpx

Serangan balai polis: Hasrat Muhamad Syafiq dirikan rumah tangga tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINI Mohd Shariff kelihatan sugul ketika menerima kunjungan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di kediamannya di Taman Seri Mahkota Jaya di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Hasrat Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor untuk bertunang dengan gadis pilihannya tahun ini tidak kesampaian.

Menceritakan perkara itu, ibunya, Aini Mohd Shariff, 57, berkata, Allahyarham Muhamad Syafiq mengenali gadis terbabit yang berasal dari Felda Panching di sini sejak dari zaman persekolahan lagi.

“Anak saya sudah lama berkawan dengan gadis tersebut dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga tapi hasratnya tak kesampaian.

“Walaupun sedih tetapi saya terima segala ketentuan Ilahi dan menganggap ini adalah ujian dari-Nya,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini hari ini.

Aini berkata, Allahyarham Muhamad Syafiq yang merupakan anak ketujuh dari lapan beradik disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan peramah.

“Setiap orang yang datang pada saya menyatakan Allahyarham seorang yang sangat baik ditambah pula Muhamad Syafiq pergi pada hari Jumaat.

“Pemergian Muhamad Syafiq juga pasti dirasai oleh ahli keluarga terutama adik bongsu perempuannya, Nur Aina Damia. Walaupun berbeza usia 10 tahun tapi mereka sangat rapat dan merupakan teman bergaduh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI