fbpx

Bank Rakyat kekal relevan sepanjang 70 tahun penubuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Irwan (kiri) mengiringi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bank Rakyat bakal mencapai usia Jubli Platinum menjelang 28 September ini, tetap utuh setelah merentasi zaman dan evolusi bagi melaksanakan peranan dan mandatnya demi kemampanan serta kesejahteraan pelanggan di seluruh negara.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak berkata, sepanjang 70 tahun penubuhan Bank Rakyat, institusi itu masih kekal relevan sebagai bank pilihan seluruh peringkat komuniti tidak kira di bandar mahu pun luar bandar, di samping melakar pelbagai kejayaan setiap tahun.

“Baru-baru ini, Bank Rakyat menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Inspirasi Madani, Anugerah Prestasi Terbaik 2022-2023 bagi Institusi-institusi Kewangan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan The Platinum Award for CSR and ESG Leadership.

“Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia ini juga terus konsisten mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 menerusi keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.76 bilion dengan kadar dividen 15 peratus kepada anggotanya.

“Bank Rakyat juga telah mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus dengan jumlah pembayaran RM56.62 juta yang akan dilaksanakan pada September ini bersempena sambutan ulangtahunnya ke-70,” katanya dalam kenyataan hari kni.

Mohd Irwan bagaimanapun menekankan, kejayaan yang dikecapi Bank Rakyat sehingga ke hari adalah hasil sokongan daripada anggotanya yang merangkumi 800,559 individu dan 2,264 koperasi.

“Mereka ini merupakan akar umbi dan teras yang penting bagi institusi ini, di samping semangatkerjasama dan perpaduan antara pucuk pimpinan sertaseluruh warga kerjanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI