fbpx

Serangan balai polis: Koperal Mohd. Hasif stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN melawat Koperal Mohd. Hasif yang dirawat di HSI setelah tercedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU – Koperal Mohd. Hasif Roslan yang tercedera terkena tembakan pada bahu dan pinggang dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berharap Mohd. Hasif akan tabah berdepan cabaran berkenaan yang merupakan sebahagian tugas anggota keselamatan.

“Alhamdulillah syukur, keadaan Koperal Hasif sudah stabil. Saya sempat beri kata-kata semangat dan sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau dan juga isterinya tadi.

“Semoga Koperal Hasif terus kuat semangat dan mampu meneruskan tugas semula,” katanya ringkas selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Turut hadir, Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.

Semalam, Kosmo! melaporkan Mohd. Hasif cedera terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki bertopeng ketika melakukan serangan ke atas balai polis berkenaan sebelum dibawa ke Wad Kecemasan HSI untuk rawatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI