fbpx

‘Belum jadi abang yang baik pada dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azza Fitri Azhar menunjukkan gambar Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut semasa serangan Balai Polis Ulu Tiram ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Poh, Bidor hari. -Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – “Saya belum jadi abang yang terbaik pada dia.” Itu luahan Ahmad Azza Fitri Azhar, 24, abang Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi yang terkorban dalam kejadian serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam.

Menurut pemuda itu, dia kehilangan adik, keluarga dan rakan bergaduh kerana arwah merupakan satu-satunya adik lelaki dalam keluarga.

“Saya dan dia (arwah) sahaja lelaki daripada lapan adik-beradik kini tinggal saya seorang (lelaki).

“Sebaik sahaja berjumpa, kami akan bersembang dan lepak bersama untuk tempoh masa lama kerana jarang berjumpa kerana tugasan masing-masing sebagai anggota polis,” katanya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor di sini hari ini.

Jelasnya, kenangan terakhir bersama arwah adalah pada Ramadan lalu.

“Sudah empat tahun kami tidak sambut Aidilfitri bersama dan tidak sangka tiada lagi sambutan bersama arwah selepas ini,” katanya yang bertugas anggota polis di Kota Kinabalu, Sabah.

Tinjauan di kediaman arwah mendapati dalam keadaan tenang dan mula dikunjungj penduduk, kenalan termasuk Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin.

Jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fitri dijangka tiba di kampung halaman pada pukul 5 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI