JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan hadir ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota polis yang gugur kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 11.40 pagi itu disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Raja Zarith meluangkan masa kira-kira 10 minit menyantuni keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang terkorban.
Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada ahli keluarga wira negara tersebut.-KOSMO! ONLINE