fbpx

SPR akur pengisytiharan Proklamasi Darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membatalkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sehubungan pengisytiharan itu, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P.054 (Gerik) dan N.66 (Bugaya) tidak akan diteruskan.

“Satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk Parlimen Gerik dan DUN Bugaya.

Perisytiharan itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan Darurat dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150.

Sebelum ini, pengisytiharan Proklamasi Darurat turut membatalkan tarikh yang ditetapkan untuk PRK Batu Sapi, Sabah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI