fbpx

Kembara 500 kilometer setiap hujung minggu jumpa teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huang tidur di dalam kereta demi menjimatkan wang untuk berjumpa dengan teman wanita yang tinggal pada setiap minggu. - WEIBO

BEIJING – Seorang lelaki berusia 35 tahun dari kota raya Beijing menempuh perjalanan sejauh 500 kilometer setiap hujung minggu semata-mata untuk berjumpa teman wanitanya di wilayah Shanxi, utara China.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, Lelaki bernama Huang itu menaiki kereta api dari Beijing ke ibu negeri wilayah berkenaan, Taiyuan setiap hari Jumaat.

Dia  akan meninggalkan Taiyuan pukul 3 pagi (waktu tempatan) hari Isnin dengan menaiki kereta api dan tiba di pejabatnya sebelum jam 9.30 pagi. 

Pada awalnya, Huang tinggal di sebuah kampung di pinggir Beijing dan membayar sewa bulanan 2,000 yuan (RM1,297.56) sebelum rumah sewanya musnah akibat banjir. 

Susulan itu, dia memutuskan untuk menetap di dalam  keretanya. Ini kerana Huang perlu membayar sewa bulanan sekurang-kurangnya 10,000 yuan (RM6,483.19) untuk menyewa flat berdekatan pejabatnya. 

“Lagipun, kos sewa di Beijing adalah tidak masuk akal. Rumah ialah tempat di mana keluarga berada,” jelas Huang dalam klip videonya yang disiarkan di platform Douyin.

Huang bagaimanapun masih malu untuk memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tinggal di dalam kereta dan berkata, hanya teman wanitanya mengetahui tentang perkara tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI