fbpx

Anak kena sepak di sekolah, Norreen Iman ‘settle’ cara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norreen memilih untuk tidak memanjangkan isu anaknya dibuli seorang kanak-kanak lain di sekolah.

PETALING JAYA – Luluh hati pelakon Norreen Iman apabila anak perempuannya cedera pada bahagian kaki akibat dibuli sehingga kini berasa trauma untuk ke sekolah.

Ujar Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 30, kejadian itu bukan pertama kali berlaku bahkan, yang terbaharu puteri sulungnya mengalami muntah serta demam.

“Allah minta lindungilah anak aku ini. Berkali-kali dah kena sepak dan tolak. Sekarang ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia.

“Okey tak mengapa aku sabar. Ini kaki luka, balik badan terus dedor (panas). Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku sejenis happy go lucky sangat-sangat.

“Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” katanya menerusi perkongsian laman sosial.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, sebelum ini dia pernah berjumpa cikgu disiplin bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law (peraturan). Biar cikgu disiplin selesaikan.

“Pergi umrah, anak aku kena lagi sampai dia menangis. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada,” ujarnya.

Pada masa sama, dia berharap ibu bapa memantau keadaan anak-anak di sekolah dengan kerap bertanya bagaimana persekitaran mereka di sana.

“Aku harap ibu bapa periksa anak di sekolah, apa mereka buat. Minta kemas kini daripada cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau murid buat laporan, jangan buat acuh tak acuh.

“Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat makluman terkini semua semua perkara di sekolah. Bukan harapkan anak yang beritahu sahaja.

Begitupun, katanya masalah berkenaan sudah selesai secara baik menerusi perbincangan dengan pengetua, guru serta pihak berkaitan.

Menurut pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu, budak lelaki terbabit juga sudah mengakui perbuatannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI