fbpx

531 lokasi cerun tanah runtuh belum dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER Nanta Linggi dalam sidang akhbar di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Sebanyak 531 lokasi tanah cerun runtuh di jalan dan lebuh raya masih belum dibaiki di seluruh negara setakat ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya memerlukan anggaran kos sebanyak RM387.38 juta untuk membaiki cerun-cerun dikenalpasti berkenaan.

“Semua negeri ada lokasi yang ada potensi tanah runtuh terutama kawasan tinggi.

“Tiga lokasi terbaharu iaitu pembaikan cerun di Jalan Persekutuan FT68 Kuala Lumpur- Bentong telah dikenal pasti melibatkan peruntukkan sebanyak RM6 juta.

“Seksyen 47.40 membabitkan RM931,000, Seksyen 42.90 (RM3.12juta), Seksyen 57.50 (RM1.96 juta),”katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja projek menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Alaxander berkata kemajuan kerja bagi Seksyen 47.40 yang bermula Februari 2024 telah siap sebanyak 18 peratus yang mana akan siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Manakala ujarnya, Seksyen 42.90 pula siap 45 peratus yang mana mendahului jadual dan akan siap pada Februari 2024.

“Pembaikan cerun di Seksyen 57.50 pula dijangka siap Januari tahun hadapan dengan kemajuan projek sebanyak lapan peratus sehingga kini,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI