fbpx

Ular sawa 50 kilogram ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa seberat 50 kilogram yang kekenyangan berjaya ditangkap di Kampung Padang di Kuantan malam semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

KUANTAN – Misteri kehilangan kucing peliharaan seekor demi seekor sejak minggu lalu terjawab apabila seekor ular sawa seberat 50 kilogram berjaya di tangkap di sebuah bengkel di Kampung Padang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, ular sawa yang kekenyagan dipercayai memakan kucing berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Kuantan.

Pemilik bengkel, Ku Azahari Ku Ibrahim, 49, berkata, dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa kekenyangan berada dihadapan bengkelnya malam semalam.

“Ketika kejadian saya ingin menjenguk ke bengkel yang hanya sebelah rumah dan ternampak ular itu sedang melingkar di hadapan bengkel.

“Saya percaya ular sawa yang dalam kekenyangan ini memakan kucing kerana telah lima ekor kucing peliharaan saya telah hilang,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI