fbpx

‘Tak kisah bangsa apa, saya ikhlas tolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kamera papan pemuka yang memaparkan sebuah keluarga yang mengalami kerosakan motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Melayu membantu serta menumpangkan sebuah keluarga yang mengalami kerosakan motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam mendapat pujian pengguna media sosial.

Ini kerana kata pengguna, lelaki tersebut sanggup menolong keluarga India walaupun mereka berbeza bangsa dan agama.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, seorang individu dikenali @ahmadzufar memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh.

“Pagi tadi (semalam) semasa pergi kerja, ternampak ada satu keluarga India, mak dengan anak jalan kaki, ayahnya tengah tolak motor tayar pecah.

“Kesian tengok sebab anaknya pun berjalan kaki jauh nak menuju ke R&R (kawasan rehat dan rawat) Jejantas Sungai Buloh. Jadi, aku pun (tawar diri) tumpangkan,” kongsinya.

Menurut lelaki itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sungai Garing, Rawang menuju ke Petaling Jaya.

“Jauhnya naik motosikal. Aku ni jenis tak kisah bangsa apa pun, aku tetap akan ikhlas tolong mana yang aku mampu.

“Kita mudahkan urusan orang lain Insya-Allah urusan kita dipermudahkan pula nanti. Semoga selamat sampai abang dan kakak ni,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji sikap lelaki terbabit yang sanggup menumpangkan keluarga terbabit meskipun berbeza bangsa.

“Terima kasih bang. Semoga ramai orang Malaysia macam abang. Didoakan abang sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,”tulis @wanhafiz.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi individu dikenali sebagai @heyjzyraw.

“Terima kasih orang balik. Semoga semua kebaikan berbalik kepada anda sekeluarga,”doanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI